Penyakit | Kes HFMD di Terengganu meningkat lebih 700 peratus

2022-05-11 0

Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) di Terengganu tahun ini menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 723.2 peratus, berbanding hanya 95 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata dalam tempoh 1 Januari hingga 7 Mei lalu, 782 kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) direkodkan di negeri itu.